Dalam masa empat tahun melayan kerenah peniaga Pakistan ini yang tidak pernah puas dengan sihir-sihir nya,banyak kali lah pekerja/pembantu yang di ambil bekerja bertukar-ganti.Tidak ada seorang pekerja pun yang tidak merasa penangan sihir Pakistan tu.Paling lama seminggu pekerja yang baru bekerja akan merasa sakit-sakit dan bisa-bisa di kaki,sakit kepala dan sakit-sakit badan tanpa sebab yang pasti.Selepas dua minggu atau satu bulan minta berhenti kerana tidak tahan dengan gangguan yang sedemikian.Yang boleh kerja lama biasa nya pekerja dari tanah seberang,Indonesia.Tapi masaalah lain pula yang timbul.Selain bersikap ‘panjang tangan’ (bukan semua) mereka ini menunggu peluang yang baik untuk ‘mencari dahan rendang untuk tempat berteduh’.Dalam bahasa mudah mencari suami yang agak berkemampuan sebagai tempat berlindung.Kalau yang belum bersuami tu biasa lah.Adat manusia ingin hidup berpasangan.Tapi kalau kena yang sudah bersuami tu……pelik jugak rasa.Dan yang lebih teruk yang jadi bini kedua ni.Kawin dengan suami orang.Bila dah ada anak satu mula lah sedar laki dah agak ‘slow’.Mula lah jaja cerita kawin dulu tak cinta pun suami.Si suami yang gila-gilakan dia.Suami baran kaki pukul,tak cukup kaki-tangan,kerusi pun boleh naik ke badan.Tak cukup dengan tu,kutuk lagi laki dia konon tak pernah puasa,sembahyang.Tak lama lepas tu minta tolong kalau ada cawangan luar kawasan ni minta di pindah kan kesana.Wuh……….cantik betul wayang dia ni.

Allah Maha Mengetahui.Lama lama kita akan dapat tahu cerita yang sebenar nya.Bila dah sedar gagal masuk jarum,mula pulak cerita kebaikan diri sendiri.Konon selepas kawin dulu,madu dia sihirkan dia sampai ‘separuh nyawa’ kerana merampas laki dia (madu tu).Tapi beberapa hari kemudian bila kita suruh ulang semula cerita nya,ia jadi lain pulak.Ceritanya,selepas kawin semua anak-anak tiri nya baik dengan dia kerana waktu ayah mereka (laki nya) sakit tenat ‘dia yang rawat’.

Pelik.Seorang lelaki separuh umur yang mempunyai anak dan isteri yang agak cerah ‘mengahwini’ seorang pendatang yang agak suram sikit.Kemudian lelaki tu sakit tenat dan yang rawat bini muda Indon nya yang agak suram,sehingga akhir nya semua anak-anak tiri nya dan madu nya sendiri baik dengan nya??Mula kata isteri tua laki nya sihir kan dia sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.Dah tu yang rawat suami dia pulak.Kalau suruh Dato Yusuf Haslam susun plot cerita dia ni untuk buat wayang saya pasti Dato Yusuf Haslam pun akan jadi sasau.

Dalam pada rajin cerita sedar-sedar barang jualan mula hilang,satu…..satu.Takdir tuhan tak ada siapa yang boleh halang.Suatu hari seorang perempuan datang nak tukar tudung.Katanya di beli nya semalam dari perempuan yang menjaga kedai (perempuan Indon tu lah).Semak punya semak tak ada jualan yang sama harga dengan harga tudung tu di rekodkan di buku jualan pada hari yang di katakan.Tapi tudung dah di jual.Dia mati-mati nafikan ada jual tudung yang di katakan pada hari tu.Tapi dia tak nafikan masa pelanggan tu ada waktu tukar tudung.Yang pasti dia tak dapat lindungi keresahan nya waktu pelanggan tu datang untuk tukar tudung tu.Layanan nya kepada pelanggan yang datang untuk menukar tudung tu menunjukkan memang tudung tu di jual semalam.Dia yang menjualnya.Dan tidak ada rekod dalam buku jualan.Kemana duit nya???

Bila cempedak dah jadi nangka,dan yang di suluh dah nampak nyata apa lagi,yang busuk terpaksa di buang jauh-jauh supaya bau nya tidak lagi menyucuk hidung.Tanpa perlu fikir panjang saya berhentikan nya serta-merta.Padan muka.Dengar cerita,sebaik di buang kerja dia menangis teresak-esak macam budak minta susu di surau,konon di buang kerja secara zalim.Lepas pada tu tak nampak muka dia di kawasan tu selama beberapa bulan.

Tapi tak lama sepas tu datang semula,bekerja dengan kedai jual beg kulit.Mula kehadiran dia di kawasan tu saya tak ambil ‘port’ sangat.Biasa lah dah sah berniat jahat dengan melenyapkan duit jualan tak kan nak layan dia lagi.Rupa-rupa nya kedatangan nya kali ni nak pasang perangkap cara lain pulak.Beberapa pekerja perempuan yang bekerja berhampiran dengan kedai beg tu,nampak macam dah di ‘ikat’.Tunduk dan patuh dengan kata-katanya.Puh…..lain macam je.Macam dia ni baru balik dari betapa dari Gua lagak nya!.Cara dia pandang aku tu……..wuh…….telus.Tapi dia tak sedar aku dah dulu ‘scan’ ilmu yang dia dapat selama ‘bertapa dalam gua tu’.

Sekali pandang,aku buat-buat tak perasan.Dua kali pandang aku layan dengan sekilas pandang.Nampak terukir senyum di bibir kering seolah-olah hampir mancapai sasaran.Dia benar-benar ingat aku tak tahu mainan syaitannya.Nak jadi kan cerita satu hari dia datang kekedai aku,waktu tu aku jaga sendiri.Konon nak beli anak tudung.Sebagai peniaga aku layan semua orang yang datang untuk membeli barangan, tak kita kawan ke musuh.Asal masyuk!

Dia beri duit RM3-00 ringgit.Aku terima duit tu dah ada “rasa” ada “benda” kat duit tu.Aku buat tak kisah kerana aku ada cara untuk uruskan nya nanti.Duit tu aku masukkan kedalam poket bercadang nak di gunakan untuk beli rokok.Nak jadikan cerita,aku  memang beli rokok malam tu tapi terlupa guna duit tu.Hanya bila nak tidur baru aku sedar aku “tak buang” lagi benda yang ada kat duit tu.Hehehe padan muka aku.Patut lah mata tak boleh lena walau jam dah pukul 12-30 malam.Aku bangun ambil duit tu dan keluarkan benda nya lepas tu aku tidur nyenyak sehingga penghujung Subuh.

Esok nya  aku berniaga seperti biasa.Selepas susun barangan jualan aku ke bilik air untuk urusan peribadi.Bila balik semula ke kedai baru aku perasan perempuan Indon itu duduk menghadap kearah aku dengan lirik senyum yang “mencabar”.Aku sedar dia mengharapkan aku terperangkap dengan benda yang di berikan kepada aku melalui duit RM3-00 semalam tu.Memang aku sedikit goyang,kerana tidak bersedia.Memang aku tidak menduga dia berani menatap aku se demikian rupa.Tapi sebaik aku ingat “tidak akan ada sesuatu yang mampu memberi mudharat,sama ada dari langit atau bumi melainkan dengan kuasa Allah”,secepat itu pula “tenaga”yang menggagu aku itu hilang.Sejak itu aku mula pasang perangkap supaya semua kesemua ‘benda” yang di hantar kepada aku akan terperangkap di dalam “diri” nya sendiri.Sejak itu aku tak ambil “port” lagi dengan kerenah nya.Aku tahu lagi aggressive permainan syaitan nya,lagi berat tekanan yang di rasakan nya.Biasa lah berani buat berani tanggung.Siapa yang makan nangka dia lah yang patut kena getahnya.

Hanya beberapa minggu sahaja dari insiden itu,kedai menjual beg tempat dia bekerja “gulung tikar” terus.Mana tak tutup, di bayar gaji untuk bekerja tapi nawaitu nak cari laki;jalan kehulu kehilir,macam mana nak fokus buat sale?.

Bila dah berhenti kerja,peniaga pakistan yang berniaga bersebelahan saya ni mula lah berangan.Dia ingatkan ‘power’ perempuan Indon tu kuat sangat,boleh bantu dia mempertingkatkan ganggu keatas perniagaan saya.Tapi dia tak sedar,percaturan nya silap.Apa “barang” yang ada kat perempuan indon tu?Kerja dengan saya dulu,saya tangkap curi jualan.Kerja dengan kedai beg kedai tu terus tutup.Di mana rasional nya?Bagi aku “mengabih an boreh yo” pekerja macam ni.

Tapi biasa lah,orang yang mengguna ilmu syaitan memang mudah tertarik dan senang berkawan dengan orang-orang yang seangkatan dengan nya.Se aliran lah katakan,walau pun lain guru,tentu ada ikatan yang kuat.

Bila dah bekerja di kedai pakistan yang berjiran dengan saya.Lagak nya macam lagi lah teruk.Maklum lah dia “di jemput” oleh peniaga Pakistan tu untuk bekerja di situ sebaik kedai jual beg tempat dia bekerja dulu tutup.Saya tak hairan sangat kerana selama bekerja dengan saya dulu dia memang tak ada skill langsung nak convince customer.Layanan macam kat kedai makan tepi jalan tu boleh lah dia buat.

Beberapa hari je bekerja kat kedai Pakistan tu,dah mula ada benda baru di tabur di sekeliling kedai.Nampak macam habuk papan je.Tapi saya tahu itu bukan habuk papan biasa.Saya buat tak perasan je.Langsung saya tak hairan sebab benda tu saya boleh ‘kaut senafas” je.Macam kaut tahi kuching untuk di buang dalam longkang.Tak boleh buat dua tiga nafas takut bau dia masuk ke hidung.Hehehe.

Bila peniaga Pakistan tu sedar plan A dia tak memberi apa-apa kesan,dia mula rancang plan B pulak.Buat jualan murah lah konon.Tapi harga barangan nya tetap lebih kurang sama.Turunkan harga baju jenis ini dia naikkan harga baju jenis lain nya pulak.Nasib lah siapa yang kena tipu.Plan B nya hampir berjaya.Berjaya menipu ramai orang-orang melayu yang percaya mereka membuat belian terbaik.Lagak perempuan tu dengan pembantu Pakistan tu susah nak cerita lah,seolah-olah mereka merupakan team yang terbaik untuk membuat jualan.Jalan ke hulu ke hilir dengan senyum meleret.Maklumlah bila jerat penuh dengan pelanduk,biasalah.Tapi nasib nya malang kerana aktiviti nya dmapat di hidu oleh MPKJ.Serta merta di beri amaran.Aktivi jualan murah nya hanya sempat berjalan selama satu setengah hari je.Lepas tu mula jalan macam kuching hilang anak pulak.Saya boleh agak dia akan merancang pelan seterus nya pulak,plan C.Biasalah orang yang bersekongkol dengan syaitan tidak akan boleh duduk diam kalau tak dapat tengok orang lain susah.

Pelan seterus nya mengarahkan pekerja baru nya yaitu Perempuan Indon tu tadi untuk menghasut kesemua pekerja-pekerja perempuan di Pasaraya tu supaya jangan membeli baju dari kedai saya.Macam macam cerita lah yang di jajakan.Ramai jugak lah yang “termakan” kata-kata perempuan Indon tu,maklum lah guna ilmu syaitan senang sangat lah tundukkan orang,apa lagi perempuan.Tapi bukan semua jugak yang percaya dengan kata-kata dia tu.Jenis yang boleh berfikir tu tak adalah terpengaruh.