Satu hari,saya dan anak saya menjaga kedai seperti biasa.Tak tahu kenapa hari tu rasa macam “clear” je.Tidak ada rasa apa-apa gangguan sedikit pun.Walau pun pada waktu pagi nya terdapat habuk papan yang di tabur di sekeliling kedai.Jualan pula  walau pun bukan banyak sangat tapi Alhamdulillah lah,agak-agak lepas lah sewa  kedai,gaji pekerja dan keperluan harian yang lain untuk hari tu.

Oleh kerana pelanggan pada harii itu tidak berapa ramai,saya tidak menjangkakan akan menerima apa-apa kejutan.Oleh kerana bilangan pengunjung pasaraya pada hari itu tidak berapa ramai ,bilangan 4-5 orang pelanggan selepas waktu maghrib,bagi saya adalah amat berpatutan,apatah lagi dalam keadaan hujung bulan,banyak poket-poket yang kempis.Sehingga lah saya menutup kedai pada pukul 10-00 malam,baru saya tahu ada “peminat” mungkin “silent admirer” yang menghantar sejambak bunga pelbagai jenis kepada saya.Rasa saya kalau di kira bilangan kuntum bunga yang di hantar mungkin lebih pada 10 kuntum agak nya.Saya tak ingat nak kira kerana tersentak.Maklum lah umur dah menjangkau setengah abad,inilah pertama kali menerima jambakan bunga.Walau pun semua nya sudah layu tapi cukup membuat saya tersentak,tanpa emosi.

Sebaik sahaja menutup perniagaan,saya memasukkan kesemua jambakan bunga yang saya temui tadi ke dalam plastik sampah dan di taburkan segenggam garam yang di bekal oleh seorang ustaz,lalu di ikat dan di masukkan kedalam bonet kereta,untuk di buang terus ke sungai berhampiran.Sepanjang perjalanan ke sungai berhampiran yang jarak nya dalam satu kilometer, anak saya merungut kerana rasa tidak selesa tanpa sebab dan kereta terasa agak “berat” macam membawa penumpang melebihi had.

Beberapa helai daun pandan di letakkan di salah satu sudut canopy selepas waktu maghrib,oleh kuncu-kuncu peniaga Pakistan ini.Tujuan nya kali untuk menakut-nakutkan sahaja.


website hit counter
website hit counters