Setiap kali sebelum membuka perniagaan, saya akan mengelilingi kawasan perniagaan untuk memastikann benda-benda pelik yang di letakkan oleh orang-orang tertentu.Boleh di katakan selang dua atau tiga hari mesti ada benda-benda pelik yang di letakkan di dalam atau dikawasan berhampiran dengan canopy perniagaan saya.Daripada selipar buruk bersaiz XXL hingga ke topi buruk,payung buruk,tayar buruk,daun pandan dan se plastik buah kepala muda yang sudah di tembuk bahagian atasnya berserta dengan tandan-tandannya sekali,selalu terdapat di tapi canopi perniagaan.Di percayai benda-benda ini di letakkan oleh pekerja-pekerja pasaraya yang di upah  oleh Pakistan itu,sama-ada pada waktu malam atau pada waktu maghrib.

Setiap kali benda-benda ini di letakkan berhampiran dengan canopi saya,jualan mesti terganggu.Saya agak cepat terasa gangguan-gangguan seperti ini.Manakan tidak, sebelah orang ramai masuk sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan,sedangkan saya duduk memerhatikan dan menegur pelanggan pasaraya yang lalu-lalang di hadapan canopy saya.Tidak ada seorang pun masuk!Apa bila menyedari akan permainnan busuk Pakistan ini saya akan cepat-cepat cari benda-benda yang meragukan dan membuangnya jauh-jauh.Sebaik benda-benda ini di buang keadaan akan menunjukkann sedikit perubahan.Namun Pakistan itu sempat juga memandang dan tersenyun menyindir kerana apa yang saya jumpa itu hanyalah sekumit dari masaalah sebenar yang harus saya selesaikan!Saya berdoa semoga saya akan di beri jalan untuk menyelesaikan masaalah-masaalah ini.

website hit counter
website hit counters