Sedang menung-menung depan kedai waktu petang menanti kedatangan pelanggan,seorang yang saya kenali,walau pun sudah lama tak jumpa, tiba-tiba je terpacul depan saya lalu memberi salam.Kawan saya ni memang saya kenal lama dah.Dulu tu selalu jugaklah minum-minum teh tarik sama.Waktu saya ada pekerja,saya boleh tinggalkan kedai pada waktu-waktu tertentu untuk minum teh tarik di warung berdekatan.Tapi sejak berhentikan pekerja saya beberapa bulan lalu saya menjaga sendiri kedai saya.Tak dapat lagi keluar untuk minm teh tarikLagi pun sebulan sebelum puasa ni jualan agak kurang.Tak ada masaalah saya menjaga nya sendiri.

Kehadiran kawan saya untuk kali ni agak berlainan sedikit.Kurang kecerian.Selalu nya dia jenis yang banyak cakap.Kali ni cara nya agak ” slow ”  sikit.Kawan saya ni bekerja sebagai penyelia kilang di Cheras.Dalam kerja biasalah ada campur-gaul dengan pekerja lain,termasuk pekerja perempuan Indonesia.Dia kenal pekerja perempuan Indon ini sebagia seorang yang rajin tapi ada masaalah dengan laki dia,selalu gaduh.Kerana percaya dengan perempuan ni selalu jugak kirim barang makanan,tak kiralah makanan untuk sarapan pagi,tengah hari atau teh untuk minum petang.Satu hari perempuan Indon tu memberitahu dia bahawa dia dah berceri dengan laki nya dan berharap kawan saya ni sudi ambil dia sebagai isteri.Kata nya tak kira sebagai isteri kedua ke ketiga ke tak kisah asal dapat kawin dengan kawan saya ni.Macam nak pengsan kawan ni mendengar kata-kata perempuan Indon tadi tu.Dia berterus terang dengan perempuan Indon itu bahawa dia tidak pernah langsung terfikir kearah itu (berkahwin)  kerana menganggap hubungan mereka sebagai penyelia dengan pekerja sahaja.Sejak hari tu dia cuba jauhi perempuan tersebut.Dia tidak lagi berani mengirim untuk membeli barang makanan seperti selalu dia lakukan.Dia yang tidak pernah menyangka apa-apa “bala” dengan perbuatan nya itu tiba-tiba terentak bila dia merasakan nafsu syahwat nya  tidak berfungsi secara tiba-tiba.

Akhirnya baru lah saya tahu kenapa dia agak “slow” sikit dalam pertemuan kali ini.Kalau tidak dia lah yang rajin memulakan topik perbualan.Ada-ada je topik yang di perkatakan.Tapi kali ni jadi lain.Faham-faham, lah lelaki yang hilang kekuatan senjata nya tentulah nampak gundah-gulana,sugul semacam.

Dalam diam saya memulakan “scanning” saya,tanpa pengetahuan nya.Saya dapat rasakan bahawa kawan saya ini dah di kuci nafsu syahwat nya.Tapi gangguan yang di hadapinya tidak terlalu berat.Kekelakiannya tidak di “matikan” secara kekal hanya di “kunci” sahaja.Selepas pasti dengan keadaan yang sebenarnya,saya memberitahu kawan saya tu bahawa masaalah nya boleh di selesaikan. Kata-kata saya itu nampak seperti memberi sinar harapan yang tinggi kepada nya.Dia nampak ceria sedikit.Lantas saya menyuruh nya pulang dan saya berjanji untuk ikhtiarkan sesuatu bagi menyelesaikan masaalah nya.

Malam tu selepas menunaikan solat Isyak dan makan malam saya duduk di ruangan tamu rumah.Waktu tu saya terkenang kawan saya yang datang berjumpa saya petang tadi.Lalu saya melakukan “scan” sekali lagi untuk memastikan apa yang saya scan petang tadi betul.Sah nafsu nya di kunci oleh perempuan Indon yang bekerja di kilang yang sama.Maka saya mulakan upacara “menarik” kesemua jin-jin yang di hantar kepada kawan saya.Jin tu di hantar untuk mengganggu saraf kawan saya tu sehingga nafsu lelaki nya terkunci sepenuh nya.Setelah jin-jin tu di paksa membuka semula kesemua kunci-kunci nafsu kawan saya tu, saya memindahkan nya jauh-jauh agar dia tidak mengganggu sesiapa lagi.

Sebaik tamat upacara tersebut saya telefon kawan saya tadi, dan menyusuh nya chek “diri” sama betul-betul bebas dari masaalah yang di hadapi nya.Kawan saya tadi ketawa besar menyatakan bahawa “diri” nya dah gagah seperti biasa dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan berjanji untuk datang jumpa saya untuk “belanja tea” bila-bila ada kelapangan waktu,katanya.Saya hanya katakan padanya supaya bersyukur kepada Allah yang telah membuka jalan kepada nya untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi nya itu.Ini lah rawatan jarak jauh pertama yang saya lakukan setakat ini.


website hit counter
website hit counters