Secara kasar nya tujuan sihir yang di kenakan kepada saya serta keluarga adalah untuk menutup perniagaan saya,supaya dia tidak ada sebarang pesaing yang menggugat perniagaan nya.Dengan itu dia dapat menguasai pasaran dan seterusnya mengenakan harga yang agak tinggi dari sepatut nya.

Sewaktu mula-mula saya berniaga di situ harga sepasang baju kurung biasa yang di perbuat dari kain satin di jual dengan harga RM49-00 sepasang.Itu lah satu-satu jenis pakaian yang di jual pada harga bawah RM50-00 sepasang.Tetapi, sekarang ini beliau menjual dengan harga RM29-00 sepasang!Namun saya tetap menjual dengan harga RM39-00 sepasang di sebabkan oleh faktor kos.Tak nak terikut-ikut dengan rentak permainan nya.

Saya katakan bahawa pesaing Pakistan ini amat takut untuk bersaing dengan kami kerana dia hanya menjual baju kurung tradisional yang di gunting dan di jahit oleh pekerja-pekerja haram nya ( juga pendatang asing ) yang kualiti jahitannya tidak setanding dengan mana-mana butik bumiputra.Oleh itu, untuk memastikan produk jualannya mendpat sambutan dia terpaksa menjual dengan harga yang rendah di tempat yang ada persaingan dengan peniaga tempatan.Di samping itu dia menggunakan sihir dari beberapa punca untuk memastikan perniagaan pesaingnya tutup.

Sihir yang di gunakan oleh Peniaga Pakistan ini bukan satu jenis sahaja.Apa sahaja sihir yang dapat di gunakan nya,akan di gunakan.Sihir cara Pakistan,cara Hindu,cara Budha dan cara Indo,habis di gunakan nya sekali.Pelbagai jenis gangguan yang saya dan keluarga terima selama tempoh 4 tahun berjiran dengan peniaga Pakistan laknat yang satu ini.Seumur hidup ini,seingat saya,saya belum pernah lagi mendoakan laknat kepada sesiapa.Tapi kali ini buat pertama kali saya kerap berdoa semoga Allah membalikkan semua sihir-sihir yang di hantarkan kepada saya dan keluarga agar beliau insaf dengan segala kesalahannya dan semoga beliau sedar bahawa kuasa Allah mengatasi segalanya.

Pada mula-mula pasaraya itu di buka saya sendiri pernah melawat tempat itu,di dalam nya terdapat peniaga bumiputra berniaga baju di dalam pasaraya itu.Hanya selepas setahun tempat tersebut sudah di ambil alih oleh peniaga lain.Bila saya fikir2 kan balik tentang perbuatan sihir peniaga Pakistan ini, saya tidak hairan kalau ada pesaing-pesaing nya yang lain terpaksa angkat kaki.Dengan segala macam sihir dan permainan harga secara kotor tidak ramai peniaga yang boleh bertahan lama berjiran dengan peniaga ini.


website hit counter
website hit counters